Monday, December 22, 2008

Aperture

Merupakan bukaan pada kamera yang mengawal jumlah kemasukan cahaya melalui lensa kamera.
  1. Ia diwakili dengan huruf 'f'.
  2. Semakin kecil nombor pada huruf f,semakin besar bukaan aperture dan semakin banyak kemasukan cahaya kedalam kamera.
  3. Semakin besar nombor huruf f,semakin kecil bukaan aperture dan semakin sedikit cahaya masuk kedalam kamera.
Konfigurasi 'f'-number

Penambahan atau pengurangan bagi f-number dipanggil 'stop'
Ia bergantung pada jenis dan harga lens.

f1 f1.4 f2 f2.6 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22 f32
<---- semakin kecil f-number semakin besar ------>

Dengan mengunakan aperture , kita dapat membesarkan atau mengecilkan medan ketajaman gambar "depth of field" gambar yang akan diambil.

  • Apabila kawasan medan ketajaman gambar diubah menjadi sempit,latarbelakang "background" dan latardepan "foreground" akan menjadi lebih kabur "blur".
Tips 1

Gambar Bunga/Orang
  • Bagi mengambil gambar orang atau bunga yang lebih cantik, kita fokus kepada objek orang/bunga yang diambil menjadi terang dan tajam.
  • Sebaliknya gambar latarbelakang "background" dan selain dari objek fokus "foreground" menjadi kabur.
  • Untuk itu, perlu "setting" f-number aperture kepada lebih kecil (bukaan yang besar) kurang daripada f3.5
  • Sekiranya kita mahu mengambil gambar objek fokus dan objek yang lain terang , kita perlu "setting" f-number aperture yang lebih besar (bukaan yang kecil).
Tips 2

Gambar Pemandangan/Landscape

Bergantung pada sudut pandangan tetapi selalunya kita mahukan gambar pemandangan yang keseluruhannya jelas.
Ianya bermaksud dari depan hingga ke horizon gambar kelihatan jelas dan tajam.

  • Untuk itu, perlu "setting" f-number aperture kepada lebih besar (bukaan yang kecil) tidak kurang daripada f16.

No comments: