- Ia diwakili dengan huruf 'f'.
- Semakin kecil nombor pada huruf f,semakin besar bukaan aperture dan semakin banyak kemasukan cahaya kedalam kamera.
- Semakin besar nombor huruf f,semakin kecil bukaan aperture dan semakin sedikit cahaya masuk kedalam kamera.
Penambahan atau pengurangan bagi f-number dipanggil 'stop'
Ia bergantung pada jenis dan harga lens.
f1 f1.4 f2 f2.6 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22 f32
<---- semakin kecil f-number semakin besar ------>
Dengan mengunakan aperture , kita dapat membesarkan atau mengecilkan medan ketajaman gambar "depth of field" gambar yang akan diambil.
- Apabila kawasan medan ketajaman gambar diubah menjadi sempit,latarbelakang "background" dan latardepan "foreground" akan menjadi lebih kabur "blur".
Gambar Bunga/Orang
- Bagi mengambil gambar orang atau bunga yang lebih cantik, kita fokus kepada objek orang/bunga yang diambil menjadi terang dan tajam.
- Sebaliknya gambar latarbelakang "background" dan selain dari objek fokus "foreground" menjadi kabur.
- Untuk itu, perlu "setting" f-number aperture kepada lebih kecil (bukaan yang besar) kurang daripada f3.5
- Sekiranya kita mahu mengambil gambar objek fokus dan objek yang lain terang , kita perlu "setting" f-number aperture yang lebih besar (bukaan yang kecil).
Gambar Pemandangan/Landscape
Bergantung pada sudut pandangan tetapi selalunya kita mahukan gambar pemandangan yang keseluruhannya jelas.
Ianya bermaksud dari depan hingga ke horizon gambar kelihatan jelas dan tajam.
- Untuk itu, perlu "setting" f-number aperture kepada lebih besar (bukaan yang kecil) tidak kurang daripada f16.
