Monday, December 31, 2007

Potret dan resipi Mee Udang

Bahan untuk dicelur
sebungkus mee kuning
isi ketam

Bahan Untuk Kuah
10 -15 ekor udang basah bersaiz sederhana

Bahan Dikisar
2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
Bahan Perasa
sedikit sos tomato - 3-6 sudu besar
sedikit teh sos cili - 3-6 sudu besar
garam - 1 sudu teh
gula - 1 -2 sudu teh

Bahan Tambahan
kobis dihiris halus
5 helai daun bawang
3 tangkai daun sup
5 Ketul kek ikan (Fish Cakes)
5 biji cili masak/cili padi (dihiris)
Limau kasturi
Bawang goreng

Panduan Memasak
1. Rebus udang dan toskan airnya , jadi kita mempunyai dua bahagian (satu bahagian udang dan satu lagi air rebusan udang). Tanggalkan kepala udang dan dikisar. Tapis air kepala udang , satukan kedalam air rebusan bersama bahagian badan udang.

2. Panaskan kuali , masukan minyak apabila sudah panas masukan bahan-bahan yang yang telah dikisar untuk ditumis.

3. Masukkan bahan perasa seperti sos cili , sos tomato , garam dan gula.

4. Apabila bahan yang ditumis telah wangi , masukan air rebusan bersama dengan udang tadi.

5. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.



Panduan Hidangan

Hidangkan bahan-bahan tersebut setelah ianya dicelur

Susun mengikut kesesuaian anda samada untuk majlis atau hidangan keluarga




Wednesday, December 26, 2007

Discover Canon Macro Lenses

Artikel Asal

DO More With Macro!
Macro Photos Made Easy

1. "Small World , big dreams"

Bahan yang aku gunakan

1. Miniature Car Model
2.Picture from Anjung Seri
3.Kotak


Hasil Aperture f3.5















Dapat diperhatikan gambar kereta jelas dan tajam (sharp) tetapi latarbelakang tasik adalah kabur.


Setting kamera

Lense EFS 18-55mm (Hehehehe dok paham2 lagi)
Exposure AV Mode
Aperture f3.5

Hasil Aperture f36















Dapat diperhatikan gambar kereta jelas dan tajam (sharp) dan latarbelakang tasik juga jelas.


Setting kamera

Lenses EFS 18-55mm (Hehehehe dok paham2 lagi)
Exposure AV Mode
Aperture f36

p/s : aku tengah belajar , sebarang komen amat di alu-alukan .

My New Gadget For EOS400D


Hari ni dapat satu lagi aksesori tuk kamera aku , iaitu Canon 580EX II Speedlite TTL Shoe Mount Flash (Guide No. 190'/58 m at 105mm) for E-TTL II . Price lak rm 1650.00 , tak leh tahan kalau pergi Low Yat , asyik nak menambah jer keje nyer tak tahan wooo.