Monday, December 31, 2007

Potret dan resipi Mee Udang

Bahan untuk dicelur
sebungkus mee kuning
isi ketam

Bahan Untuk Kuah
10 -15 ekor udang basah bersaiz sederhana

Bahan Dikisar
2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
Bahan Perasa
sedikit sos tomato - 3-6 sudu besar
sedikit teh sos cili - 3-6 sudu besar
garam - 1 sudu teh
gula - 1 -2 sudu teh

Bahan Tambahan
kobis dihiris halus
5 helai daun bawang
3 tangkai daun sup
5 Ketul kek ikan (Fish Cakes)
5 biji cili masak/cili padi (dihiris)
Limau kasturi
Bawang goreng

Panduan Memasak
1. Rebus udang dan toskan airnya , jadi kita mempunyai dua bahagian (satu bahagian udang dan satu lagi air rebusan udang). Tanggalkan kepala udang dan dikisar. Tapis air kepala udang , satukan kedalam air rebusan bersama bahagian badan udang.

2. Panaskan kuali , masukan minyak apabila sudah panas masukan bahan-bahan yang yang telah dikisar untuk ditumis.

3. Masukkan bahan perasa seperti sos cili , sos tomato , garam dan gula.

4. Apabila bahan yang ditumis telah wangi , masukan air rebusan bersama dengan udang tadi.

5. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.



Panduan Hidangan

Hidangkan bahan-bahan tersebut setelah ianya dicelur

Susun mengikut kesesuaian anda samada untuk majlis atau hidangan keluarga




Wednesday, December 26, 2007

Discover Canon Macro Lenses

Artikel Asal

DO More With Macro!
Macro Photos Made Easy

1. "Small World , big dreams"

Bahan yang aku gunakan

1. Miniature Car Model
2.Picture from Anjung Seri
3.Kotak


Hasil Aperture f3.5















Dapat diperhatikan gambar kereta jelas dan tajam (sharp) tetapi latarbelakang tasik adalah kabur.


Setting kamera

Lense EFS 18-55mm (Hehehehe dok paham2 lagi)
Exposure AV Mode
Aperture f3.5

Hasil Aperture f36















Dapat diperhatikan gambar kereta jelas dan tajam (sharp) dan latarbelakang tasik juga jelas.


Setting kamera

Lenses EFS 18-55mm (Hehehehe dok paham2 lagi)
Exposure AV Mode
Aperture f36

p/s : aku tengah belajar , sebarang komen amat di alu-alukan .

My New Gadget For EOS400D


Hari ni dapat satu lagi aksesori tuk kamera aku , iaitu Canon 580EX II Speedlite TTL Shoe Mount Flash (Guide No. 190'/58 m at 105mm) for E-TTL II . Price lak rm 1650.00 , tak leh tahan kalau pergi Low Yat , asyik nak menambah jer keje nyer tak tahan wooo.

Saturday, November 17, 2007

Wedding Pics


PictureBaru 420
Originally uploaded by imaxcherany
My Friend's Wedding at Sungai Merab Luar.

Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat

Friday, October 5, 2007

Hari Belajar Fotografi - Sessi 1

Alhamdulillah hari dah habis baca website Dr Faisal , banyak yang belajar tentang fotografi. Tapi masih blur lagi. Kena ulang lagi kot. Banyak ilmu yang dapat daripada blog dr ni. Memang sesuai dengan gelaran doktor. Bahasa yang mudah cuma , aku yang baru dalam teknikal kamera ni. Pening-pening gak baca. Lepas tu register plak forum PhotoMalaysia , baru nak start baca , aduh banyak tul dalam ni. Tak pa la .. aku nak p perkenal diri kat sana. Salam semua , selamat berpuasa dan berhari raya. Berhati-hati dijalan raya.

Tuesday, September 18, 2007

My Old Car


My Old Car 4
Originally uploaded by imaxcherany
This is my old car , iswara 1.3 known as "Kereta Kebal"

Sunday, September 16, 2007

Parking 13 -Kuching International Airport

Snap dari balai berlepas Kuching Airport , idea nak snap menara kawalan.

First Time Shot

Nampaknya aku dah start snap gambar, yang best nyer aku kena p meeting kat Kuching. Jadi ada idea nak ambik gambar. Antara tempat yang aku ambik ialah di Hotel Continental Kuching dan
Kuching Airport International.

Sapa nak nengok kat SINI

Wednesday, September 5, 2007

Permulaan SLR


Hari ini aku telah mendapat apa yg telah aku idamkan selama ini , sebuah kamera digital SLR. Hehehehee dari semalam dok excited , semalam dah p survey kat Giant ngan Bukit Tinggi untuk cari SLR brand Olympus.Tapi pagi ni 5/9/2007 pegi PJ Seksyen 14 , survey kat digital mall lain lain plak jadi nya. So ni la yang aku beli CANON EOS 400D dengan harga RM2999.00. Semoga aku dapat belajar guna kamera ni dengan sebaik mungkin .. Insyallah