Saturday, January 10, 2009

Jenis jenis Lensa

Wide Angle Lens
  • Dapat zoom kawasan yang lebih luas berbanding dengan lens biasa. Ini adalah satu keperluan untuk mengambil gambar pemandangan yang natural seperti bangunan , jalan , pergunungan dan juga permandangan perbandaran.
Telephoto Lens
  • Dapat zoom subjek dari jauh seperti acara sukan atau haiwan/benda jauh
Macro Lens
  • Dapat zoom subjek lebih besar pada subjek yang dekat.

Monday, December 22, 2008

Aperture

Merupakan bukaan pada kamera yang mengawal jumlah kemasukan cahaya melalui lensa kamera.
  1. Ia diwakili dengan huruf 'f'.
  2. Semakin kecil nombor pada huruf f,semakin besar bukaan aperture dan semakin banyak kemasukan cahaya kedalam kamera.
  3. Semakin besar nombor huruf f,semakin kecil bukaan aperture dan semakin sedikit cahaya masuk kedalam kamera.
Konfigurasi 'f'-number

Penambahan atau pengurangan bagi f-number dipanggil 'stop'
Ia bergantung pada jenis dan harga lens.

f1 f1.4 f2 f2.6 f4 f5.6 f8 f11 f16 f22 f32
<---- semakin kecil f-number semakin besar ------>

Dengan mengunakan aperture , kita dapat membesarkan atau mengecilkan medan ketajaman gambar "depth of field" gambar yang akan diambil.

  • Apabila kawasan medan ketajaman gambar diubah menjadi sempit,latarbelakang "background" dan latardepan "foreground" akan menjadi lebih kabur "blur".
Tips 1

Gambar Bunga/Orang
  • Bagi mengambil gambar orang atau bunga yang lebih cantik, kita fokus kepada objek orang/bunga yang diambil menjadi terang dan tajam.
  • Sebaliknya gambar latarbelakang "background" dan selain dari objek fokus "foreground" menjadi kabur.
  • Untuk itu, perlu "setting" f-number aperture kepada lebih kecil (bukaan yang besar) kurang daripada f3.5
  • Sekiranya kita mahu mengambil gambar objek fokus dan objek yang lain terang , kita perlu "setting" f-number aperture yang lebih besar (bukaan yang kecil).
Tips 2

Gambar Pemandangan/Landscape

Bergantung pada sudut pandangan tetapi selalunya kita mahukan gambar pemandangan yang keseluruhannya jelas.
Ianya bermaksud dari depan hingga ke horizon gambar kelihatan jelas dan tajam.

  • Untuk itu, perlu "setting" f-number aperture kepada lebih besar (bukaan yang kecil) tidak kurang daripada f16.

Pelajaran DSLR 2008

Amboi dah hujung tahun dah 2008 ni. Agaknya kat mana tahap skill aku dalam bidang fotografi ni. Susah betul nak concentrate pada satu2 benda. Tak pa , insyallah jika ada kemahuan disitu ada jalan. Cuma yang dapat didiagnosiskan masalah aku adalah , aku tak leh nak buat satu2 semua yang aku minat nak wat sekali harung termasuk la bidang fotografi ni. Adoi! camner la nak expert ni....

Monday, December 31, 2007

Potret dan resipi Mee Udang

Bahan untuk dicelur
sebungkus mee kuning
isi ketam

Bahan Untuk Kuah
10 -15 ekor udang basah bersaiz sederhana

Bahan Dikisar
2 biji bawang besar
5 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih
belacan sebesar ibu jari
Bahan Perasa
sedikit sos tomato - 3-6 sudu besar
sedikit teh sos cili - 3-6 sudu besar
garam - 1 sudu teh
gula - 1 -2 sudu teh

Bahan Tambahan
kobis dihiris halus
5 helai daun bawang
3 tangkai daun sup
5 Ketul kek ikan (Fish Cakes)
5 biji cili masak/cili padi (dihiris)
Limau kasturi
Bawang goreng

Panduan Memasak
1. Rebus udang dan toskan airnya , jadi kita mempunyai dua bahagian (satu bahagian udang dan satu lagi air rebusan udang). Tanggalkan kepala udang dan dikisar. Tapis air kepala udang , satukan kedalam air rebusan bersama bahagian badan udang.

2. Panaskan kuali , masukan minyak apabila sudah panas masukan bahan-bahan yang yang telah dikisar untuk ditumis.

3. Masukkan bahan perasa seperti sos cili , sos tomato , garam dan gula.

4. Apabila bahan yang ditumis telah wangi , masukan air rebusan bersama dengan udang tadi.

5. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.



Panduan Hidangan

Hidangkan bahan-bahan tersebut setelah ianya dicelur

Susun mengikut kesesuaian anda samada untuk majlis atau hidangan keluarga




Wednesday, December 26, 2007

Discover Canon Macro Lenses

Artikel Asal

DO More With Macro!
Macro Photos Made Easy

1. "Small World , big dreams"

Bahan yang aku gunakan

1. Miniature Car Model
2.Picture from Anjung Seri
3.Kotak


Hasil Aperture f3.5















Dapat diperhatikan gambar kereta jelas dan tajam (sharp) tetapi latarbelakang tasik adalah kabur.


Setting kamera

Lense EFS 18-55mm (Hehehehe dok paham2 lagi)
Exposure AV Mode
Aperture f3.5

Hasil Aperture f36















Dapat diperhatikan gambar kereta jelas dan tajam (sharp) dan latarbelakang tasik juga jelas.


Setting kamera

Lenses EFS 18-55mm (Hehehehe dok paham2 lagi)
Exposure AV Mode
Aperture f36

p/s : aku tengah belajar , sebarang komen amat di alu-alukan .

My New Gadget For EOS400D


Hari ni dapat satu lagi aksesori tuk kamera aku , iaitu Canon 580EX II Speedlite TTL Shoe Mount Flash (Guide No. 190'/58 m at 105mm) for E-TTL II . Price lak rm 1650.00 , tak leh tahan kalau pergi Low Yat , asyik nak menambah jer keje nyer tak tahan wooo.

Saturday, November 17, 2007

Wedding Pics


PictureBaru 420
Originally uploaded by imaxcherany
My Friend's Wedding at Sungai Merab Luar.

Selamat Pengantin Baru Semoga Kekal Hingga Ke Akhir Hayat